Advertisement
Kolej Siswi Kedah---
Anjung Siswi
   
Menu Utama
Kalendar
September 2008 October 2008
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 36 1 2 3 4 5 6
Week 37 7 8 9 10 11 12 13
Week 38 14 15 16 17 18 19 20
Week 39 21 22 23 24 25 26 27
Week 40 28 29 30
Tetamu
We have 1 guest online
Pelawat
Visitors: 42576
Login
Administrator


---
Selamat Datang Ke Unit Pengurusan Kolej Kediaman Siswi

         Unit Pengurusan Kolej Kediaman adalah salah satu unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Kedah yang diketuai oleh Pengurus Asrama. Unit ini bertanggungjawab di dalam menyediakan kemudahan penempatan, makanan dan salah satu Pusat Pembangunan mahasiswa yang berkualiti serta sentiasa ditambahbaik untuk mencapai keperluan dan kehendak pelanggan.

        Kolej Kediaman Siswi terbahagi kepada 2 iaitu Kolej Mahsuri dan Kolej Masria. Kedua-dua kolej ini mula didiami bermula pada tahun 2001. Kolej ini dapat menempatkan seramai 1080 orang mahasiswi selepas dinaiktaraf pada tahun 2007. Terdapat 4 Blok di Kolej Mahsuri dan 4 Blok di Kolej Masria. Bagi Kolej Mahsuri lebih dikenali dengan Blok F1, Blok F2, Blok F3 dan Blok F4. Manakala bagi Kolej Masria pula dikenali dengan Blok M1, Blok M2, Blok M3 dan Blok M4.

         
Penempatan mahasiswi
 di Blok F1 dan Blok F2 serta Blok M1 dan Blok M4 adalah 4 orang sebilik termasuk juga di Aras 1 Blok F2 dan Blok F3 serta Blok M2 dan Blok M3 juga adalah 4 orang sebilik selepas dinaiktaraf. Manakala Blok F2 dan Blok F3 serta Blok M2 dan Blok M3 bermula daripada Aras 2 sehingga Aras 4 adalah 2 orang sebilik. 
Last Updated ( Monday, 09 June 2008 )

 

--- Saturday, 06 September 2008
Undian
Kafetaria Paling Bersih
  
Galeri
gazebo.jpg

Disclaimer | Template by Unit Web & Hosting PSMB-UiTM  - Powered By MAMBO