Home
Bengkel Rekacorak Produk Perindustrian Untuk IKS Di UiTM Kedah PDF Print E-mail

Small Business Development Centre (SBDC) UiTM Kedah akan menganjurkan "Bengkel Rekacorak Produk Perindustrian untuk IKS" seperti berikut:

Tarikh : 6hb Februari 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Foyer Jabatan Senilukis & Seni Reka, UiTM Kedah
Bayaran : RM100.00 (Tunai atau Cek/Wang Pos/Bank Deraf/Banker's Cheque - atas nama "PENGARAH KAMPUS UiTM KEDAH")
Tarikh Tutup : 25 Januari 2010

Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pengusaha perniagaan di dalam industri kecil dan sederhana (IKS) mengenai rekacorak produk sesuatu barangan dalam menghasilkan produk berkualiti dan menarik yang memenuhi kepuasan pengguna.

Oleh yang demikian, SBDC mengharapkan agar pihak tuan/puan dapat menghebahkan perkara ini dan menggalakkan penyertaan para pengusaha perniagaan untuk sama-sama menghadiri dan seterusnya mendapat manfaat daripada bengkel yang bakal dianjurkan ini.

Untuk maklumat lanjut dan muat turun borang penyertaan, sila klik berikut: Pamplet 1, Pamplet 2

Last Updated on Saturday, 30 January 2010 13:34